Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan - Abang Terlajak Laris


Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan




Kelebihan Madu Kelulut


Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral. 

Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga.

Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. 

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.


1) Anti Bakteria


Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria. Sebab itulah sarangnya tidak ada fungus. Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob. 


2) Masalah Pencernaan 


Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan. Malah, madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan. 


3) Anti Oksidan 


Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Nutrien ini mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik. 



4) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah 


Madu kelulut dapat menurunkan paras gula dalam darah, seterusnya merawat penyakit diabetes mellitus.


5) Menyembuhkan Luka 


Oleh kerana madu adalah bahan semulajadi, jadi ia dapat mengekalkan sanitasi pada bahagian luka, sehingga menghasilkan penyahbauan yang baik untuk luka. Madu kelulut juga menjalankan aktiviti angiogenik, iaitu mekanisme penyembuhan luka, dan juga mendorong pembentukan tisu granulasi serta penghasilan sel baru pada luka.

Sumber : Bidadari


No comments

Powered by Blogger.