Lobster Masak Butter Yang Lazat - Abang Terlajak Laris


Lobster Masak Butter Yang Lazat

Bahan-bahan : 
Lobster 
1/2 buku butter (125 gm) 
5 ulas bawang putih (cincang kasar) 
11 tangkai cili padi (hiris kasar) 
3/4 tin susu cair 
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu) - terlupa nak letak 
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja) 
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya 

Caranya : 

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster. 
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi. 
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih. 
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali. 
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi. 
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap. 
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.

Sumber : WaniSukarno

No comments

Powered by Blogger.