Manfaat Dan Kebaikan Losyen Yang Bagus Untuk Kesihatan Kulit Kita - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Manfaat Dan Kebaikan Losyen Yang Bagus Untuk Kesihatan Kulit Kita


1. Bebas Kusam
Pembesaran sisa kotoran dan sel kulit mati tidak akan pulih selagi tiada penjanaan semula untuk kulit anda. Pemakaian Body Lotion dengan kandungan AHA, akan membantu proses penjanaan semula yang terhalang menjadikan kulit bebas dari kusam. 

2. Melembutkan Bahagian Kulit yang Paling Kasar
Macam mana berminyak sekalipun kulit anda , pasti ada bahagian – bahagian pada tubuh yang lebih kasar daripada kulit yang lainnya. Sebagai contoh di bahagian lipatan seperti siku , lutut dan tumit . Menggunakan Body Lotion stiap hari atau sepanjang hari , akan membantu menjaga bahagian lipatan pada tubuh selembut kulit lainnya . 

3. Perlindungan Setia untuk Kulit
Kulit yang mengalami kekeringan akan mudah terkena iritasi dan kemerahan. Menggunakan Body Lotion setiap hari sama dengan memasukan kadar air, menjadikan kelembapan kulit tetap terjaga sehingga dapat mencegah kulit dari terkena masalah kesihatan seperti kulit manjadi kering dan gatal-gatal . 

4. Mencegah Masalah Kulit
Jerawat tidak hanya muncul pada wajah sahaja . terkadang perubahan hormon dan keadaan emosi dapat menyebabkan jerawat muncul di tempat – tempat yang tidak seharusnya pada tubuh . Beberapa pelembap mempunyai kandungan spesifik yang dapat mencegah timbulnya jerawat. 

5. Mencerahkan Kulit
Pigmentasi selalu jadi focus utama para wanita Asia yang mengidamkan kulit cerah . Namun yang demikian pengaruh buruk sinar matahari tentu tidak dapat di lawan . Untuk mengatasinya , gunakan body lotion yang mengandungi vitamin B3 untuk memperlambatkan proses pigmentasi sehingga kulit menjadi cerah . 

6. Meratakan Rona Kulit
Saat sibuk merawat kulit tubuh yang terkena sinaran uv ( matahari ) , Anda juga sering terlupa kulit yang terlindung oleh busana yang kita pakai . Sebaik – baiknya gunakan lah Body Lotion di seluruh tubuh agar warna kulit tampak rata . Pilih yang mengandungi CLA ( Conjugated Linoleic Acid ) untuk mencegah kulit dari nampak belang . 

7. Kulit Nampak Tegang
Kurangnya peneluaran kolagen akibat kulit yang mengalami kekeringan dapat di atasi dengan rutin menggunakan body lotion . Rahsianya ada pada kandungan glycerin dan retinol yang membolehkan kulit anda tampak tegang dan bebas kedut. 

8. Mencegah Terjadinya Flek (Bintik – bitnik)
Flek adalah salah satu tanda dari penuaan awal . agar kulit nampak sihat yang penting untuk dilakukan adalah eksfoliasi agar peremajaan kulit selalu terjadi dengan baik. Kandungan AHA (Alpha Hidroxy Acid ) pada Body Lotion membantu menggantikan sel-sel kulit mati dengan yang baru, menjauhkan dari kemungkinan flek untuk muncul . 

9. Mencegah Dehidrasi
Menghabiskan aktiviti seharian dalam ruangan berhawa dingin membuat kulit berisiko kehilangan kelembapannya. Cara terbaik menggunakan body lotion adalah setelah mandi ketika pori-pori kulit dalam keadaan terbuka. Dengan begitu kadar air dari body lotion akan terkunci di dalam kulit / tubuh. 

10. Perlindungan dari Sinar UVA dan UVB
Sinar UVA dan UVB yang berinteraksi terus ke kulit begitu sahaja anda keluar dari ruangan akan membawa pengaruh buruk bagi kulit. Body Lotion yang mengandungi SPF15 atau lebih akan menghindarkan kulit daripada terkena sinar matahari dan membantu menyelamatkan tubuh dari bahaya kanser kulit . Sesuaikan kadar SPF dengan jenis kegiatan yang anda lakukan.

Sumber : Suchi

No comments

Powered by Blogger.