Manjakani Kawan Terbaik Seorang Wanita! - Abang Terlajak Laris


Manjakani Kawan Terbaik Seorang Wanita!


Pernah dengar tentang manjakani? Kalau tidak, kami ingin kongsikan tentang seribu khasiat manjakani yang biasaya dikaitkan dengan wanita. Manjakani terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengamalkan pemakanan jamu. 

Manjakani sangat sinonim bagi wanita terutama bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ini kerana, khasiatnya sangat hebat untuk kesihatan wanita seperti membentuk tubuh yang ramping, mengetatkan vagina dan mengelakkan keputihan. 


Khasiat Manjakani Untuk Kesihatan Wanita


Di Malaysia, kita dapati manjakani sering dijadikan bahan aktif untuk produk berkaitan kesihatan wanita seperti mengetatkan vagina dan mengelakkan masalah keputihan. Malah, ada juga amalan yang meletakkan manjakani pada alat sulit untuk tujuan mengetatkan faraj. 


1) Manjakani Mengelakkan Masalah Keputihan 


Manjakani dipercayai mempunyai aktiviti antibakteria dan aktiviti fungistatik terhadap yis candida yang banyak menyebabkan jangkitan dan masalah keputihan. Kandungan asid gallic berfungsi merencat aktiviti enzim carbonic anhydrase. Hal ini yang membuatkan tisu bahagian sulit menjadi kering. Jadi tiadalah lelehan keputihan. 

Hakikatnya, lelehan faraj (vaginal discharge) adalah normal pada wanita. Ia terdiri dari lendiran mukosa, sel dan bakteria baik yang melembapkan kawasan faraj dan melindunginya dari jangkitan. Lendiran ini berubah konsistensi dari cair ke likat (ketika ovulasi) bergantung pada hormon dan kitar haid seseorang wanita. Hanya apabila warnanya berubah dan berbau, ia memberi petanda anda dijangkiti fungus ataupun bakteria. 

Kawasan faraj juga dilindungi oleh bakteria baik yang biasa hidup dalam pH normal di kawasan tersebut. Apabila kita memasukkan sesuatu yang asing dan tidak ‘hygenic’ ke dalam faraj, ia akan mengganggu persekitaran normal faraj. Perkara ini akan berisiko menyebabkan jangkitan. 


2) Manjakani Mengetatkan Vagina 


Kandungan tannin dalam manjakani yang tinggi (50 – 70%) sebenarnya bersifat astringent. Tannin adalah biomolekul polyphenolic yang mampu menyebabkan tisu otot mengecut. Seperti keadaan memakan buah-buahan yang belum masak dan masam, kita akan rasa seolah-olah tidak selesa pada bahagian mulut. Ini kerana otot mulut mengecut. 

Begitu juga keadaannya pada vagina. Tannin di dalam manjakani akan menyebabkan otot pada vagina mengecut dan membuatkan para wanita terasa vagina mereka semakin ketat kerana mengamalkan manjakani.

Sumber : Bidadari


No comments

Powered by Blogger.