Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib - Abang Terlajak Laris


Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib


Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang di atas pokok lain (epifit) . Tapi ia juga boleh hidup di atas tanah seperti tumbuhan lain juga. Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin. 

Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya. Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina. Selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi (atas pokok lain) . 

Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. 


Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan. 

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. 

Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.  


Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuhkan dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan, minum airnya bila suam. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari.

Sumber : MajalahSains

No comments

Powered by Blogger.