Teringin Nak Mee Kolok Sarawak, Cuba Cara Ini - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Teringin Nak Mee Kolok Sarawak, Cuba Cara Ini


Bahan-bahannya

1. Mee Kolok (contoh gambar mee kolok dalam gambar)
2. Cuka - jgn byk nanti masam.
3. Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best
4. Serbuk lada putih
5. Minyak bawang putih
6. Sos tiram
7. Kicap


- Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.
- campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaulkan dengan mee yang telah dicelur. Ketepikan dalam satu bekas.

Resepi sup

Bahan-bahannya

1. Daging lembu setengah kilo
2. Serbuk lada hitam
3. Kiub pati lembu 2/3 kiub
4. Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) - sikit je jangan banyak sebab ni clear sup, tak mau rasa rempah menguasai rasa sup.
5. Sup bunjut (optional)
6. Bahan perasa
7. Garam, gula
8. Halia diketuk. - Rebus daging hingga empuk. - Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dn buah pelaga, sup bunjut dan halia. - Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. - Keluarkan daging, ketepikan.

Cara penyediaan daging

Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.
Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
Ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

Resepi cili kicap

- cili padi
- bawang putih
- perahan jus limau
- kicap
- sedikit garam jika menggunakan kicap manis
- blend semua bahan di atas, ketepikan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan tabur atas mee kolok

1. Taugeh
2. Sawi celur
3. Fish cake (optional)
4. Bawang goreng
5. Hirisan daging (rujuk di atas)
6. Hirisan daun sup dan daun bawang
7. Tomato hiris

Resepi: Hidayah Syibly

No comments

Powered by Blogger.