Nikmatnya Urut Badan ... - Abang Terlajak Laris


Nikmatnya Urut Badan ...


Selain bermanfaat untuk tubuh, urut badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat. Bukan itu saja, terdapat beberapa kebaikan lain yang diperoleh setelah melalui proses urut badan tersebut. Antaranya; 

Mengurangkan Perasaan Gelisah & Tertekan
Keadaan hati yang tenang sangat mempengaruhi kesihatan dan perkara ini boleh anda peroleh melalui urut badan. Urut badan akan mendorong pernafasan menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks akan menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan. 

Melancarkan Perjalanan Darah 
Urut badan adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh. Urut badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ dan juga membantu menghilangkan racun dari tubuh. 

Memperbaiki Postur 
Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urut badan akan membantu melatih otot-otot tulang untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur anda lebih baik. 

Bantu Menyembuhkan Kesakitan 
Melalui urut badan juga dapat menyebuhkan luka lebih cepat serta membantu meningkatkan ruang gerak bagi otot-otot. Maka, tulang otot anda pun menjadi lebih relaks dan selesa melakukan berbagai gerakan. Urut badan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah dan membantu menghadang penerima rasa sakit pada sistem saraf serta meningkatkan kepadatan tulang-tulang anda.
Meremajakan Tubuh
Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian tubuh yang terasa sakit, selain berehat, urut badan juga dapat membantu. Urut badan dapat meremajakan tubuh anda dan ketika bangun, tubuh akan terasa lebih energetic. 

Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh 
Urutan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh menjadi lebih kuat. 

Mencerahkan Kulit
Urut badan akan membantu meningkatkan fungsi kelenjar sebasea dan mengeluarkan peluh dalam tubuh serta membersihkan kulit. Ini akan mengangkat sel kulit mati dari tubuh, melegakan otot-otot, meningkatkan kitaran dan memberikan kesegaran pada wajah dan tubuh anda. 

Tidur Jadi Lebih Nyenyak
Jika anda tidak boleh tidur nyenyak pada malam hari, elok anda urut badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda. Urut badan akan membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih relaks dan mengurangkan stress sehingga secara semulajadi akan membantukan anda rasa mengantuk. Ini adalah kerana ketika melakukan urutan, secara tak langsung ia akan mengeluarkan hormon tenang.

Sumber : Wom

No comments

Powered by Blogger.