7 Penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Berjalan Kaki - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

7 Penyakit Yang Boleh Dicegah Dengan Berjalan Kaki


1. Serangan Jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada orang yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

Berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh, membuang kalori berlebihan dan membakar lemak.

4. Melangsingkan Badan

Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam sekurang-nya dalam sehari.

5. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

Berjalan kaki menguatkan otot-otot badan, rangka dan tulang di dalam tubuh, sekaligus mencegah osteoporosis. Pengambilan vitamin D dan kalsium yang banyak tidak memadai, tubuh memerlukan gerak badan dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit dibawah sinar matahari pagi.

7. Mencegah Kencing Manis

Brisk-walking kira-kira 6 km sejam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes type 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk.

Sumber : alhijamah

No comments

Powered by Blogger.