Perjalanan Air Berkarbonat Apabila Masuk Ke Dalam Badan Anda - Abang Terlajak Laris


Perjalanan Air Berkarbonat Apabila Masuk Ke Dalam Badan Anda


Minuman berkarbonat seperti Coca-Cola, Pepsi, Sprite, dan sebagainya amat popular di seluruh dunia. Namun, ianye juga merupakan antara minuman yang mempunyai gula tertinggi iaitu sebanyak 44 gram bagi setiap tin. Malah, jenis gula yang digunakan dalam air minum berkarbonat adalah High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang tidak boleh dijadikan sebagai sumber tenaga oleh badan. Jadi ia ditukarkan menjadi lemak semata-mata. 


10 minit pertama 

10 sudu teh gula akan masuk ke dalam sistem badan anda, yang mana jumlah ini adalah 100% pengambilan harian yang disyorkan. Anda tidak segera muntah dari rasa manis yang teramat kerana asid fosforik dan perasa lain mengurangkan rasanya. 

20 minit 
Gula dalam darah anda mencanak naik menyebabkan pemecahan insulin. Hati anda akan memberikan respon terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak. Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah. 

40 Minit 
Penyerapan kafein sudah selesai. Anak mata anda menjadi luas, tekanan darah anda meningkat sebagai respon kepada hati anda yang merembeskan lebih banyak gula ke dalam saluran darah. Reseptor adenosin dalam otak anda disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk. 

45 Minit 
Penghasilan dopamin ditingkatkan oleh badan anda merangsang rasa seronok dalam otak anda. 

Selepas 60 minit 
Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zin dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. ini diburukkan lagi dengan dos gula yang tinggi dan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium. Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda. 

Apabila rasa seronok dan "rush" dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil "sugar crash". Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam air berkarbonat itu tadi. Air kencing yang dibuang ini juga akan membawa nutrien yang penting untuk tubuh anda, yang boleh digunakan untuk perkara lain seperti menghidrasi tubuh anda atau menguatkan tulang dan gigi. 


Tanda-tanda dehidrasi 

Air Berkarbonat bukan sahaja tinggal kandungan fruktos malah mengandungi tinggi garam halus dan kafein. Pengambilan bahan-bahan ini dengan kerap dalam kadar yang tinggi akan meningkatkan tekanan darah, penyakit jantung, diabetis dan obesiti. 

Kajian menunjukkan bahawa minum satu tin minuman gula bergas meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%.

Sumber : Iluminasi

No comments

Powered by Blogger.