5 Punca Kulit Sensitif Yang Selalu Kita bUAT - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Punca Kulit Sensitif Yang Selalu Kita bUAT


Ketahui 5 PUNCA kulit sensitif : 
  1. Ketidakseimbangan Hormon – Untuk pengetahuan semua, ketika kita mengalami tekanan dan bebanan kerja atau masalah yang lain, kulit kita akan menjadi sensitif. Ini kerana perubahan hormon kita yang tidak stabil. Ia juga berlaku ketika tempoh kehamilan dan peningkatan usia. 
  2. Perubahan cuaca – Perubahan iklim cuaca yang berubah-ubah juga dapat mempengaruhi kadar penghasilan minyak sehingga menyebabkan kulit sensitif. Jangan sangka kulit sensitif hanya terjadi ketika cuaca panas sahaja, kulit sensitif juga terjadi jika kita terdedah kepada sejuk yang melampau dan menyebabkan kulit kita akan menjadi kering, gatal dan sensitif. 
  3. Penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai – Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan menyebabkan kulit mudah terhakis pada kulit perlindungan. Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekitar wajah akan timbul. Kandungan bahan kimia tersebut juga akan merosakkan bahagian kulit paling dalam, itu akan mengambil masa yang lama untuk kulit sensitif kembali pulih. 
  4. Pola pemakanan yang salah – Kekurangan nutrisi yang cukup dan kekurangan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti meningkat. Makanan yang kurang sihat seperti makanan bergoreng dan makanan berminyak juga akan meningkatkan paras sensitiviti kulit. 
  5. Tiada pelindungan pancaran UV – Ketika kulit kita terkena cahaya UV, pembentukan kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, pigmen dan melanin kulit juga menyebabkan proses penuaan terjadi lebih awal.
Sumber : Zeeta

No comments

Powered by Blogger.