Reflexology Baik Untuk Terus Sihat Dan Bertenaga - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Reflexology Baik Untuk Terus Sihat Dan Bertenaga

Kebaikan Refleksologi 

Pertama, ia boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.

Kedua, walaupun makin ramai mengamalkan pemakanan sihat dan memilih makanan organik, tetapi masalah kesihatan tetap muncul. Malah, tidak ramai berjaya mengekalkan corak pemakanan begini. Kekurangan zat tertentu dan kesan tekanan boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi dikatakan dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.

Ketiga, di samping menjalani perubatan moden, ramai juga memilih rawatan alternatif untuk mendapatkan kesihatan menyeluruh. Ubat tradisional Barat menjurus kepada rawatan khusus untuk satu-satu penyakit atau simptom, sedangkan refleksologi pula adalah kaedah penjagaan kesihatan yang tidak menggunakan ubat. Ia hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap.

13 Fakta kelebihan urutan refleksologi 

1) Melancarkan pengaliran darah 
2) Meningkatkan daya tahan individu 
3) Mengurangkan risiko tulang reput 
4) Menyeimbangkan kedudukan badan 
5) Melancarkan pergerakan 
6) Menguatkan otot kaki 
7) Mengurangkan risiko kencing tidak lawas 
8) Menguatkan tulang dan pinggul 
9) Mengurangkan risiko sakit sendi 
10) Mengurangkan rasa letih 
11) Mengelak risiko sembelit 
12) Mengurangkan masalah usus 
13) Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Sumber : CoretaMonyet

No comments

Powered by Blogger.