Resepi Ayam Kampung Masak Kicap Yang Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Resepi Ayam Kampung Masak Kicap Yang Sedap!


Bahan-Bahan

1 ekor ayam kampung - dipotong 16 (pilih ayam bujang atau ayam dara)
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dimayang halus
100 ml kicap manis
3 camca besar sos tiram
1 inc kunyit hidup
10 tangkai cili kering - dikisar
300 ml air asam jawa
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
rempah tumis - 3 sekawan
4 camca besar minyak untuk menumis
daun bawang

Caranya:
  1. Ayam dibersihkan, digaulkan dgn garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. ketepikan.
  2. Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan cili kisar. Tumis sehingga sebati dan garing.
  4. Masukkan air asam jawa, kacau sebati. Kemudian masukkan kicap manis,sos tiram dan lada hitam. kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak sepenuhnyer.
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah dan daun bawang sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Selamat mencuba!

Sumber: NorAzlitaAziz

No comments

Powered by Blogger.