Resepi Char Kuey Teow Mudah, Sedap dan POWER! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Resepi Char Kuey Teow Mudah, Sedap dan POWER!


Mula-mula sediakan sos Char Kuey Teow 
  • 2 liter air (kalau guna air rebusan udang lagi POWER) 
  • 2 sudu besar Maggi Cukup Rasa 
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 7 sudu besar sos ikan 
  • 7 sudu besar kicap pekat 
  • 1/3 cawan kicap manis 
  • 1 cawan sos cili 
Bahan untuk masak Char Kuey Teow 
  • 500 gm kuetiau halus 
  • 2 cawan sos Char Kuey Teow
  • 2 sudu besar cili kisar / cili giling / cili boh 
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu besar gula 
  • 5 ulas bawang putih (ketuk) 
  • 1/2 ulas bawang besar (hiris halus) 
  • Udang (mengikut citarasa) 
  • Taugeh (mengikut citarasa) 
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis 
Bahan tambahan (optional): 
  • Kerang* 
  • Fishcake* 
  • Fishball* 
  • Sayur sawi 
  • Sayur kucai 
  • Limau nipis 
  • Cili jeruk 
Cara-Cara 
1. Panaskan minyak. 
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing. 
4. Tuang sos Char Kuey Teow dan biarkan sehingga mereneh. 
5. Apabila sudah mereneh, pecahkan telur. Biarkan seminit kemudian kacau rata. 
6. Masukkan udang (atau bahan optional lain yang bertanda *) dan gula. 
7. Setelah udang masak, masukkan kuetiau dan gaul sehingga sebati. 
8. Akhir sekali masukkan taugeh dan tutup api. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama limau nipis atau cili jeruk.

Selamat mencuba!!

Sumber: iluminasi

No comments

Powered by Blogger.