Resepi Gulai Ikan Tongkol - Abang Terlajak Laris


Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol dipotong empat
  • Santan kelapa (2 biji) campur dengan santan cair, anggaran dalam 1 liter
  • 1 paket rempah Cap Bunga Ros (15gram)
  • 3 atau 4 sudu rempah gulai Cap Bunga Ros
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 2 biji bawang putih dikisar
  • 1 inci halia (lebih pun boleh) dikisar
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 5 sudu cili kisar, nak lebih pun boleh
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 asam keping
  • 1 batang kayu manis
  • 1 inci belacan
  • 5 biji cili padi untuk ditabur dalam gulai
  • 3/4 biji belimbing buluh dipotong dua/tomato dipotong 4
  • Sedikit kerisik
  • Garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2 atau 3 biji telur yang sudah direbus


Cara Masak Gulai Ikan Tongkol

  1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping dan sedikit garam sehingga mendidih. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Saya tak ikut resepi asal yang mana sepatutnya masakkan santan sampai berminyak. Saya tumis cili, kemudian masukkan semua bahan kisar bersama kayu manis dan asam keping.
  3. Masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan rempah Cap Mawar dan rempah gulai Cap Bunga Mawar. Gaul rata dan masukkan santan.
  4. Bila dah mendidih masukkan ikan yang direbus sekali dengan air rebusan. Jumlah air rebusan tu bergantung kepada kepekatan kuah yang kita nak. Kalau nak pekat tak perlu banyak. Kalau nak banyak kuah, lebihkan air rebusan.
  5. Masukkan beberapa biji cili padi dan tomato, belimbing buluh dan telur rebus.
  6. Teruskan memasak sehingga pekat dan timbul minyak.
  7. Seperti dalam gambar. Anggaran dalam 20-30 minit dengan api perlahan.
  8. Sambil masak gulai ni boleh la uruskan nasi dagang tu.
Sumber : MediaMaklumat

No comments

Powered by Blogger.