Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Memukau - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Memukau


BAHAN BAHAN GORENG IKAN

πŸ’ž 2 ekor ikan siakap
πŸ’ž Tepung Rangup serbaguna BESTARI ( amek yang pedas tau!)

Yeahhhhhh.Di sini lah rahsia ikan siakap 3 rasa Mek Opie sedap luar biasa!Hahaha

Siyess,gunalah tepung Bestari pedas ni untuk goreng ikan siakap 3 rasa.Lumur je terus tepung kat ikan tu.Tapayah nak garam atau nak kunyit bagai.Keje lebih cepat siap,rasa lebih letopssss!

Hasil nya,luar ikan tu jadi ranguppp krup krappp dan rasa pedassss.Kombinasi dengan sos 3 rasa tu nanti,perghhhh.Memang terangkat uiiii!

Nak goreng ikan,pastikan guna minyak yang banyak yaaa.Dan pastikan minyak dah betul betul cukup panas.Gunakan teknik deep frying.Ikan kena tenggelam dalam minyak.

Dah siap goreng,angkat dan letak dulu kat tepi.Sementara siapkan sos ikan pulak πŸ’‹

P/s : Sila jangan tanya tepung jenama lain ya.Sebab so far jenama bestari dan perisa pedas ni je yang paling sedap untuk goreng ikan siakap 3 rasa ni 😌


Bahan untuk sos ikan

Bahan tumisan

πŸ’› 2 Biji bawang besar (di potong dadu)
πŸ’› 6 ulas bawang putih (di ketuk)
πŸ’› Halia 2 inci (di hiris nipis)
πŸ’› 10-15 tangkai cili api merah (di hiris atau di ketuk)

πŸ’œ 5 sudu sos cili
πŸ’œ 5 sudu sos tomato
πŸ’œ 3 sudu sos tiram
πŸ’œ 3 sudu sos ikan
πŸ’œ 2 biji tomato ( di potong dadu)
πŸ’œ 1 tin cube nenas (ambik dengan air nya sekali)

πŸ’— 1 batang saderi ( potong ½ inci)
πŸ’— Daun ketumbar ( potong ½ inci)
πŸ’— 1 batang serai ( di ketuk)

Cara cara masak sos 3 rasa

πŸ’– Panas kan sikit minyak dalam kuali
πŸ’– Tumis bahan bahan tumisan
πŸ’– Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram dan sos ikan.Kacau sebati
πŸ’– Masukkan tomato dan cube nenas dengan air sekali.Air nenas tu untuk effect rasa manis kuah sos.
πŸ’– Masukkan batang saderi,daun ketumbar dan serai.Kemudian perasakan dengan garam.Siap!

Buleh terus siramkan atas ikan siakap yang dah di goreng tadi.Last buleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.Nyummm nyummmm 😚

Sumber: Sofia Sarlinie Shukri

No comments

Powered by Blogger.