Resepi Nasi Dagang Yang Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Nasi Dagang Yang Sedap


Bahan-bahan
  • 3 cawan beras Basmathi atau beras biasa direndam
  • 1 cawan pulut direndam
  • 3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit halba
  • 3 ulas bawang merah dihiris halus
  • 1 atau 2 inci halia dihiris halus
  • 3 helai daun pandan
  • Garam dan gula sedikit

Cara Masak Nasi Dagang

  1. Beras Basmathi dan pulut direndam (2 jam) lebih lama lagi bagus.
  2. Kukus beras dan pulut selama 20 minit.
  3. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan, lapik daun pandan.
  4. Kemudian tuangkan santan cair dan gaul rata beras, pulut dan santan sehingga sebati. Biarkan sekejap sehingga meresap.
  5. Kukus sekali lagi dalam 20-30 minit.
  6. Setelah lebih kurang 10 minit, masukkan hirisan bawang, halia dan taburkan halba dalam periuk kukusan.
  7. Keluarkan kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata. Nampak macam berminyak berkilat. Tak perlu habiskan santan jika nasi dah lembut. Siap untuk dihidang.
  8. Jika nasi nampak macam tak berapa masak jangan risau, tambahkan lagi santan cair dan gaul.
Sumber : MediaMaklumat

No comments

Powered by Blogger.