Wanita Mudah Dijangkiti Kencing Berdarah, Ini Tanda Tanda Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Wanita Mudah Dijangkiti Kencing Berdarah, Ini Tanda Tanda Anda Kena Tahu


Orang perempuan lebih tinggi risiko untuk terkena jangkitan kuman di saluran kencing berbanding lelaki. Jadi, berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan dikawasan intim itu. 

Simptom jangkitan saluran kencing yang biasanya tidak perasan;

Terasa kerap untuk buang air

Pedih ketika keluar air kencing

Kencing berbau

Warna air kencing kelabu, kekuningan atau bercampur darah jika serius

Sakit dibahagian pelvis

Perempuan senang kena jangkitan kuman pada saluran kencing kerana;

Saluran kencing wanita lebih pendek dan mudah terkena jangkitan kerana paling dekat dengan pundi kencing.

Kesan daripada ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan boleh menjejaskan.

Kebersihan agak sulit selepas melakukan hubungan seks, harus dibersihkan dengan segera. 

Perubahan hormon terutamanya selepas berlaku menopaus.

Jika berlaku kesakitan yang kritikal harus segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Kebiasaannya doktor akan mendapatkan sampel air kencing untuk melihat tahap serius jangkitan.

Terdapat tiga tahap jangkitan boleh berlaku, urethra (sakit ketika kencing), pundi kencing (tekanan pada pelvis, kerap kencing, pedih dan berdarah) dan buah pinggang (sakit belakang pinggang, demam, pening, muntah dan kesejukan).

Sumber : Wanista

No comments

Powered by Blogger.