Sedapnya La Daging Rendang Palembang Ni - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Sedapnya La Daging Rendang Palembang Ni



Bahan-bahan diperlukan:

400 g daging (Dihiris nipis) 
½ cawan kicap manis 
2 cawan air 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 batang serai 
1 inci halia 
1 inci lengkuas 
(Semua bawang merah, bawang putih, serai, halia & lengkuas dikisar bersama)
3 sudu makan cili kisar 
½ cawan santan 
2 sudu makan kerisik 
10 biji cili api 
3 sudu makan minyak masak 
Garam (Sekiranya perlu)

Cara menyediakan dan memasak:
  1. Rebuskan daging dengan kicap manis dan air sehingga lembut danhampir kering. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dancili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, kerisik, dan daging yang direbus. Kacau rata sehingga kering dan pecah minyak.
  4. Masukkan cili api dan kacau rata lagi.
  5. Sedia dihidangkan.
Sumber : MyResipi

No comments

Powered by Blogger.