Senaman 'Relieving Wind Pose' Untuk Membuang Angin Yang Berlebihan Di Dalam Badan - Abang Terlajak Laris


Senaman 'Relieving Wind Pose' Untuk Membuang Angin Yang Berlebihan Di Dalam Badan

Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau pergerakan. Bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan supaya tidak terlalu tegang.

Relieving Wind Pose

Ia merupakan satu pergerakan yoga yang dipercayai dapat menghilangkan angin dalam badan anda.

Caranya dengan terlentang dan kemudian tarik salah satu lutut ke arah dada dan pegang dengan kedua-dua tangan, tarik lutut perlahan-lahan untuk lebih dekat dan lebih dekat ke arah dada anda, pegang dan ulang dengan kaki lain.

Pergerakan ini boleh membantu melepaskan gas yang tersekat di perut anda supaya mudah untuk dapat dilepaskan. Selain itu, senaman ringkas ini juga boleh menghilangkan sakit belakang di bahagian pinggang.

Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian.

Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Selamat mencuba!

Sumber : SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.