Terima Kasih Kepada Semua Yang Undi Yusoff Al Qadrawi - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Terima Kasih Kepada Semua Yang Undi Yusoff Al Qadrawi


Petikan Kosmo,

Yusoff Al Qadrawi anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merangkul trofi Si Cilik MeleTop dalam Anugerah MeleTop Era (AME) 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.

Kemenangan Yusoff itu sekali gus menepis empat lagi pesaing yang juga anak kepada pasangan selebriti yang turut tercalon dalam anugerah yang sama.

Alif Syukri berkata, dia tidak menyangka kemenangan pada malam ini berikutan saingan Yusof Al Qadrawi dalam anugerah yang sama merupakan anak kepada selebriti.

"Saya tidak sangka sebenarnya Yusof menang pada malam ini. Sewaktu dicalonkan kami telah bersyukur kerana secara suka-suka berkongsi mengenai anak saban hari.

"Terima kasih kepada pengundi yang menyayangi anak saya," katanya.

Yusof Al Qadrawi, sembilan bulan merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida Mohd. Rashid.

Dalam kategori Si Cilik MeleTop, Yusof Al Qadrawi mengenepikan pesaing seperti Lara Alana (Scha Alyahya dan Awal Ashaari), Aqeef Anaqi (Amyra Rosli dan Amar Baharin), Jebat Ayden (Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila) serta Syeriv Samheizy (Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin). 

No comments

Powered by Blogger.