Tip Untuk Berhenti Merokok Jika Anda Ingin Mencubainya.. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Tip Untuk Berhenti Merokok Jika Anda Ingin Mencubainya..


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). 

Semua orang sudah tahu bahayanya merokok kepada kesihatan kita tapi ramai juga yang mengendahkanya. Walaupun ada juga orang yang cuba untuk berhenti merokok, tetapi tidak menjadi kerana godaan untuk merokok itu lebih kuat. 

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok;

· Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
· Yakinkan diri 
· Buat nota peringatan 
· Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’ 
· Tumpukan pada hari ini 
· Sentiasa berfikiran positif 
· Dapatkan sokongan 
· Lawan keinginan untuk merokok 
· Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) 
· Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok 

Petua 10 M untuk berhenti merokok adalah seperti;

· Melengahkan-lengah 
· Minum banyak air 
· Menarik nafas panjang 
· Membuat sesuatu 
· Menjauhkan diri dari tempat orang merokok 
· Mengunyah sesuatu 
· Membasuh tangan 
· Mandi dengan kerap 
· Melakukan senaman regangan 
· Memohon doa

Sumber: MyHealth

No comments

Powered by Blogger.