Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda - Abang Terlajak Laris


Warna Gincu Yang Terbaik Untuk Warna Kulit Anda

Pernah tidak anda berasa keliru untuk memilih warna gincu yang sesuai untuk diri anda ketika melewati rak-rak gincu? Kini tidak perlu pening lagi kerana di sini terdapat tips untuk memilih gincu yang sesuai dengan warna kulit anda.


1. Light Skin Tone - Tona Cerah 
Gincu terbaik untuk warna kulit sebegini adalah nude dan neutral. Warna nude seperti peach ataupun merah jambu. Jangan sesekali kenakan warna coklat ataupun burgundy. Sekali sekala cuba tampil dengan warna merah darah ataupun merah biasa, nampak lebih anggun dan seksi. 


2. Olive Skin Tones - Tona Kekuningan 
Warna kulit ini masuk dengan semua warna gincu. Tiada limit warna. Warna yang terbaik ialah shimmery bronze dan merah jambu tenang. Warna ini menyerlahkan penampilan malah membuat anda kelihatan lebih natural. Warna yang perlu dielakkan adalah ungu dan juga coklat kerana ia akan menampakkan wajah anda menjadi pucat. 


3. Medium Skin Tones - Tona Sawo Matang 
Warna seperti nude, oren dan juga merah jambu merupakan pilihan harian yang boleh dipakai bagi wanita berkulit tona sawo matang. Elakkan warna ungu dan juga kuning kerana ianya hanya membuatkan wajah kelihatan suram dan tidak berseri. Warna merah juga perlu dielakkan kerana ia membuatkan solekan anda tidak seimbang. 


4. Dark Skin Tones - Tona Gelap 
Warna plum, merah ataupun coklat adalah pilihan yang terbaik. Penggunaan harian boleh pakai warna yang neutral seperti peach ataupun warna coklat caramel. Di waktu malam pula boleh cuba warna merah wine untuk nampak lebih anggun dan seksi. Cuba jugak warna seperti oren untuk tampak kelainan. 

5. Pink Undertones - Tona Putih Kemerahan 
Jika ingin nampak natural, gunakan warna tona peach. Disebabkan anda mempunyai warna kulit putih kemerahan, oren, merah jambu dan merah bata mampu tonjolkan wajah anda. 


6. Asian White 
Bagi golongan warna asian white pula, warna gincu yang sesuai ialah natural. Jika ditambah lagi dengan penggunaan lipgloss, ia akan nampak lebih menarik dan menaikkan seri wajah. 


7. Middle Eastern 
Korang sememangnya sudah cukup menawan dengan bentuk muka dan bulu kening yang panjang sudah membuatkan korang nampak berseri. Anda hanya tambahkan warna gincu natural nude sudah cukup untuk menampakkan natural beauty anda. 


8. Indian 
Boleh dikatakan warna apa sahaja sesuai untuk rona kulit ini. Bagi penggunaan harian, hanya memakai gincu warna nude, oren ataupun merah jambu. Seperti biasa, warna merah mampu menyerlahkan penampilan agar nampak lebih seksi dan anggun.

Sumber : ThreadZalora

No comments

Powered by Blogger.