3 Langkah Menghilangkan Hitam Bawah Mata - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

3 Langkah Menghilangkan Hitam Bawah Mata


1. Keluarkan timun dari peti sejuk.
Percaya atau tidak, timun sangat baik untuk kulit dan jika ia dalam keadaan sejuk, boleh menyamankan mata. Dan apa yang penting adalah ianya berkesan!

2. Potongnya kepada Beberapa Bahagian Kecil
Potong nipis-nipis, dalam jumlah 4-6 bahagian.

3. Letak Di Atas Mata
Kemudian, biarkannya selama 10-20 minit. Bergantung kepada jenis kulit anda, ada yang hilang terus, dan ada yang warna hitam berkurangan.

Kaedah Lain
Tingkatkan aliran darah ke muka. Terdapat banyak cara untuk memperbaiki tona kulit dan mengurangkan warna hitam – dan salah satu daripadanya adalah dengan mengalirkan darah ke muka. Antara cara untuk meningkatkan kadar darah ke muka adalah dengan melakukan pergerakan fizikal. Berlari, jongging, berbasikal dan sebagainya boleh membantu. 

Pada masa yang sama, ia boleh mengekalkan tahap kesihatan anda, serta menurunkan berat badan. Mandi dengan air suam. Selamkan muka anda dalam air suam selama 20 saat. Ia boleh menyegarkan muka anda, serta kembalikan kestabilan saluran darah di muka.

Tips Tambahan
Jangan makan terlalu banyak makanan manis. Hal ini kerana gula di dalamnya boleh menyebabkan hitam bawah mata tersebut. Buah-buahan boleh diambil. Gantikan timun dengan uncang teh (selepas digunakan) – namun bukan semua orang mendapat respond yang positif.

Amaran
Jangan buka mata semasa timun di atas mata, kerana ia boleh mendatangkan rasa pedih.

Kesimpulan
Secara ringkas, menghilangkan hitam bawah mata bukanlah perkara yang sukar. Bahkan, dengan cara yang betul, anda boleh hilangkan lingkaran tersebut kurang dalam 15 minit.

Sumber: infopelajar2u

No comments

Powered by Blogger.