Sebab Rambut Selalu Gugur, Setiap Kali Sikat Rambut - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Sebab Rambut Selalu Gugur, Setiap Kali Sikat Rambut


1. Terlalu kerap dan jarang mencuci rambut 

Terlalu kerap mencuci rambut, ia turut menyingkirkan lapisan minyak semulajadi bagi kulit kepala yang sihat. Jika jarang mencuci pula, ia mungkin akan menyebabkan minyak kelihatan bertompok pada bahagian folikel sehingga menghalang rambut terus tumbuh. 

2. Pomade, wax dan gel penyebab rambut gugur 

Jika sering menggunakan penyembur rambut, gel dan wax, ia akan menyebabkan mengalami masalah rambut gugur jika tidak mencuci rambut dengan bersih dan cara yang betul. Kandungan plastik dan wax akan melekat pada bahagian kulit kepala serta menyebabkan folikel tersumbat dan menjadi keras. Pada masa yang sama, ia akan susah untuk dibersihkan sama sekali. Maka haruslah rajin mencuci rambut dengan produk rambut yang terbaik. 

3. Kerap mewarnakan dan kerintingkan rambut

Kerap mewarnakan dan mengerintingkan rambut juga adalah salah satu penyebab rambut menjadi mudah gugur. Ini kerana bahan kimia yang digunakan terkena pada bahagian kulit kepala dan folikel akan tersumbat dan kulit kepala menjadi gatal-gatal. 

Jika tidak mahu menjadi botak akibat rambut gugur dengan banyak, sebaiknya jauhi perkara-perkara seperti di atas yang boleh menyebabkan rambut anda gugur semakin teruk.

Sumber: Hair & Cure

No comments

Powered by Blogger.