4 Petua Kekal Awet Muda, Mudah Tapi Kena Rajin Buat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

4 Petua Kekal Awet Muda, Mudah Tapi Kena Rajin Buat


Nak awet muda, buat macam ini.

1. Masa tidur yang mencukupi 

Bagi mengekalkan wajah agar sentiasa kelihatan awet muda, seharusnya mendapatkan waktu tidur yang mencukupi. Purata tidur yang cukup bagi orang dewasa adalah 6 hingga ke 7 jam. 

2. Melakukan senaman 

Jangan jadikan alasan sibuk bekerja menjadikan malas bersenam. Sebaiknya cari masa yang sesuai untuk melakukan sedikit aktiviti ataupun bersenam. Amalkan selama 15 minit setiap hari. Contohnya seperti mengayuh basikal, berjogging dan apa-apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. 

3. Minum air yang cukup 

Banyakkan minum air putih bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. Air merupakan kepentingan utama tubuh badan kita. Pastikan minum air yang secukupnya setiap hari. 

4. Senaman muka seperti ketawa dan senyum 

Sering ketawa dan tersenyum bukan saja boleh meredakan tekanan yang hadapi seharian penat bekerja, namun ketawa juga boleh membantu kesihatan emosi dan juga fizikal. Ketawa juga boleh membuat kekal awet muda juga. Janganlah seharian muka marah dan masam saja nanti cepat pula tumbuh kedutan di wajah.

No comments

Powered by Blogger.