5 Cara Hilangkan Daki Lebih Berkesan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Cara Hilangkan Daki Lebih Berkesan

1. Siku 
Bahagian siku adalah kawasan yang selalu terkumpulnya daki. Setiap kali ingin mandi, sebaik-baiknya gunakan kain gosok ataupun menggunakan loofah. Bagi inginkan siku kelihatan lebih cerah, anda boleh sapukan jus lemon di bahagian siku. Sel mati dan daki akan mudah tertanggal. 

2. Leher 
Selalunya bahagian belakang leher sangat jarang diberikan perhatian. Kawasan berikut adalah kawasan selalu daki terkumpul. Bahagian tengkuk juga selalu kelihatan daki degil. Harus rajin menjaga kawasan ini. Setiap kali mandi, haruslah gosok belakang leher dan tengkuk dengan menggunakan sabun mandian. Gosok sehingga daki degil hilang. 

3. Telinga 
Bahagian belakang telinga juga selalu tidak diberi perhatian. Di bahagian itu peluh-peluh selalu ada dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan peluh menjadi daki. Setiap masuk mandi, anda harus selalu mengosok di kawasan belakang telinga sehingga bersih. Selepas itu keringkan dengan sempurna bagi mengelakkannya basah. Daki juga sangat suka tumbuh di kawasan yang lembap. 

4. Lutut 
Bahagian lutut lebih kurang sama dengan bahagian siku dan ia sangat cenderung untuk nampak kehitam-hitaman. Caranya juga sama, jus lemon dan soda juga boleh memutihkan lutut sengan sempurna. Jangan lupa bersihkan pelipat kaki juga.
 
5. Celahan peha 
Daki juga mudah terkumpul di celahan peha. Kawasan ini sangat tinggi kadar kelembapannya. Selalu diabaikan ketika mandi. Celahan peha juga boleh kelihatan hitam jika tidak di ambil kira tentang kebersihannya. 

Kita harus menjaga kebersihan diri. Walaupun kita sering mandi tetapi jika kita tidak menjaga ke 5 bahagian di atas, sudah pasti anda akan rasa malu bila ada di antara kawan-kawan melihat daki di celah-celah yang tersembunyi. Daki yang terkumpul dengan begitu banyak, itulah penyebab kawasan tersebut nampak kehitaman. Jangan malas menjaga kebersihan badan, badan bersih kita pun gembira.

No comments

Powered by Blogger.