5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi - Ibubapa Wajib Tahu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi - Ibubapa Wajib Tahu

Bayi sawan #1. Encephalopathy mioklonik 
  • Bayi sawan jenis ini dikaitkan dengan myoclonus iaitu kecutan otot yang muncul semasa kelahiran bayi.
  • Electroencephalogram (EEG) akan dipasang pada bayi untuk melihat kelainan otak
  • Lebih dari setengah bayi menderita gangguan ini dan rata-ratanya meninggal pada tahun pertama. 
Bayi kejang #2. Sindrom Ohtahara 
  • Encephalopathy epilepsi turut dikenali dengan nama Sindrom Ohtahara dan ia sangat mempengaruhi bayi ketika berusia beberapa minggu atau bulan.
  • Jenis bayi kejang ini akan kerap berlaku dan amat teruk sekali! 
  • Pesakit yang hidup tapi mengalami kekejangan jenis ini biasanya mengalami kecacatan kekal yang dapat dilihat dari kelemahan perkembangannya
Bayi sawan #3. Sindrom West 
  • Sindrom West diambil daripada nama seorang doktor Inggeris – William James West yang menemui penyakit ini pada tahun 1841. 
  • Ia dikaitkan dengan sawan infantil, pola EEG kurang normal yang biasanya disebut hypsarrhythmia dan perkembangan yang sederhana. 
  • Ubat yang sesuai untuk rawatan adalah seperti vigabatrin dan corticotropin. Namun, ia ini tidak memberi kesan mendalam untuk sembuhkan bayi kejang. 
  • Ada juga kanak-kanak yang menderita kejang Sindrom West ini akan lupa semua perkara yang dipelajari termasuk cara ketawa dan tersenyum. Malah, ia boleh ubah keperibadian si kecil itu.
Bayi kejang #4. Kejang Parsial 
  • Biasanya, kejang pada bayi ini terjadi sekitar tujuh bulan pertama kehidupan bayi.
  • Kejang jenis ini jarang terjadi, tapi frekuensi kejang akan meningkat ketika menjelangnya 50 hari usia bayi. 
  • Kejang jenis ini juga boleh berlaku dalam beberapa minit. 
  • EEG akan menunjukkan gangguan kejang yang dimulai pada otak dengan cara yang sama. 
  • Gangguan jenis ini sangat sukar dikawal dan boleh menyebabkan perkembangan terganggu.
Bayi sawan #5. Sindrom Dravet 
  • Ia bermula pada tahun pertama selepas bayi dilahirkan, walhal sebelum ini si kecil itu nampak sihat. Simptom kekejangan ini dapat dilihat ketika anak demam. 
Jangan ambil mudah jika bayi kejang atau bayi sawan!
  • Dalam usia anak satu hingga empat tahun, si kecil itu akan mengalami gangguan kejang mahupun sawan dan hilang tahap pertumbuhan.
  • Malah gangguan kejang dan sawan ini sukar disembuhkan meskipun setelah mencuba pelbagai jenis ubat. 
  • 16 hingga 18 peratus kanak-kanak meninggal setelah mengalami gangguan serangan kejang kerana epilepsi atau kematian secara tiba-tiba.
Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.