5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya - Jom Kenali Tanda-Tandanya! - Abang Terlajak Laris


5 Jenis Benjolan Payudara Yang Tak Berbahaya - Jom Kenali Tanda-Tandanya!

1. Perubahan Fibrocystic
Benjolan ini terjadi kerana perubahan hormon yang akan meningkat bila anda di pertengahan usia dan hilang bila anda menopaus. Tanda benjolan ini adalah anda rasa sakit atau bengkak ketika payudara diraba dan terasa ada benjolan yang padat dan kelihatan berisi. Jika anda mengalami perubahan fibrocystic ini, doktor biasanya akan suruh anda kurangkan pengambilan garam dan kafein dalam diet untuk mengurangkan cecair yang terbentuk. 

2. Risa lendir (cysts)
Cysts berbentuk bulat atau bujur dan berukuran sebesar satu ke dua inci. Ia lembut apabila disentuh dan mengandungi cecair. Ia akan datang dan pergi semasa anda datang haid dan akan lebih besar dan sakit pada awal haid dan hilang ketika anda habis haid. Risa lendir ini biasanya terjadi kepada wanita berusia antara 35 dan 50 tahun.

3. Fibroadenoma
Fibroadenoma biasanya berlaku kepada remaja dan wanita pada usia 20-an dan lebih biasa terjadi kepada wanita yang menggunakan pil perancang kehamilan sebelum usia 20 tahun. Tumor jinak ini berbeza saiz dari sekecil-kecil benjolan ke beberapa inci. Ia boleh digerak-gerakkan di bawah kulit, bulat dan keras seperti guli.

4. Nekrosis lemak
Nekrosis lemak berlaku apabila lemak tisu pada payudara anda rosak akibat kecederaandan menyebabkan terjadinya benjolan yang bulat dan keras. Ia biasa terjadi kepada wanita yang mempunyai payudara besar dan obes. Doktor akan memerhatikan benjolan ini selama beberapa kitaran haid dan mungkin akan membuangnya melalui pembedahan.

5. Mastitis
Mastitis adalah jangkitan saluran susu. Keadaan ini boleh menyebabkan benjolan merah dan hangat disertai dengan demam. Ia biasanya terjadi pada wanita yang menyusukan anak, tapi ia juga boleh terjadi kepada wanita yang tak menyusukan anak. Biasanya simptom mastitis lebih kurang sama dengan kanser payudara dan jika ia berlaku kepada wanita yang tak susukan anak dan tak hilang selepas diberi antibiotik, doktor mungkin akan membuat pemeriksaan lanjut.

Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.