5 Jenis Makanan Yang Boleh Mengatasi Stress - Abang Terlajak Laris


5 Jenis Makanan Yang Boleh Mengatasi Stress

1. Segelas susu segar 
Susu sangat kaya dengan mineral yang boleh menambahkan mood serta mengurangkan ketegangan otot dan menenangkan urat saraf. Sekiranya rasa stress atau kemurungan, sebaiknya minum segelas susu segar sambil berehat seketika. Agak baik jika memilih susu yang rendah lemak seandainya takut menjadi gemuk. 

2. Minum secawan coklat panas 
Minum minuman yang panas suam juga boleh membuatkan suhu badan kita berada di tahap yang selesa. Sebaiknya minumlah secawan coklat panas bagi menambahkan lagi susu badan. Otak juga boleh memberikan tindakbalas dan memberitahu tubuh badan kita sedang berehat dan stress juga akan mula menghilang. 

3. Buah blueberry 
Buah blueberry juga mampu mengubati penyakit stress dan ianya juga sangat berkesan kerana mengandungi kandunga antioksidan, flavonoid dan juga vitamin C. Pada masa yang sama, blueberry juga kaya dengan serat bagi menyeimbangkan tekanan darah dalam tubuh badan anda. 

4. Buah Pisang 
Buah pisang juga cukup berkesan dalam menangani masalah stress. Ini kerana ia sangat kaya dengan kandungan vitamin A, B dan juga C. Kandungan mineral yang terdapat dalam pisang juga sangat bermanfaat untuk keperluan tubuh badan terutamanya apabila sedang stress. Pisang juga bermanfaat bagi menormalkan denyutan jantung anda. 

5. Buah-buahan kering dan juga kismis 
Kacang almond, kismis, aprikot dan juga kacang hazelnut merupakan makanan yang kaya dengan selenium, magnesium dan juga vitamin B yang mampu mengubati stress. Makanan tersebut juga sangat berkesan untuk merehatkan otot-otot. Manakala vitamin E dan B2 yang mengandungi almond juga boleh mengatasi stress serta meningkatkan daya tahan badan. Sama juga dengan kismis yang mengandungi nutrisi dan serat. 

6. Gandum 
Mengamalkan makan semangkuk bijirin dari hasil gandum juga boleh dijadikan makanan untuk bersarapan yang bukan saja mampu memberikan kehangatan dan kelazatan semata-mata. Pada masa yang sama ia juga mampu mengurangkan stress. Makanan dari jenis ini juga mampu meningkatkan kadar hormon serotonin yang boleh menjadikan anda lebih rasa tenang. Makanan dari jenis ini juga sangat rendah kandungan gula di dalamnya. 

Setakat itu saja perkongsian 6 jenis makanan yang menyihatkan boleh anda amalkan bagi menangani masalah stress ataupun kemurungan. Paling penting sekali adalah minum air putih dengan secukupnya.

No comments

Powered by Blogger.