5 Manfaat Sahur Bagi Kesihatan Tubuh Ketika Berpuasa - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Manfaat Sahur Bagi Kesihatan Tubuh Ketika Berpuasa



1. Menyediakan tenaga untuk tetap beraktiviti ketika puasa
Sahur merupakan kesempatan untuk makan sebagai sumber tenaga utama. Ini kerana tidak makan dan minum seharian selama puasa tentu memerlukan persiapan sumber tenaga yang cukup agar puasa dan aktiviti berjalan lancar. Oleh itu, pilih makanan yang kaya serat agar kita akan merasa kenyang lebih lama.

2. Mencegah penyakit yang disebabkan sindrom metabolik
Sindrom metabolik adalah kondisi di mana tekanan darah, kadar gula, dan kolesterol dalam darah naik. Pada masa yang sama, ada penumpukan lemak di bahagian pinggang. Ada beberapa penyakit yang disebabkan sindrom metabolik. Seperti penyakit jantung, diabetes, dan stroke. Sahur dapat membantu mencegah timbulnya penyakit ini.

3. Sahur mencegah rasa mual dan muntah saat puasa. 
Dengan makan makanan bergizi saat sahur, maka kadar gula dalam darah akan terjaga sepanjang hari. Oleh itu, sahur juga dapat membantu mencegah rasa mual dan muntah, serta sakit kepala saat puasa.

4. Menjaga tubuh tetap berhidrasi saat puasa.
Dengan pengambilan air yang cukup saat sahur, maka tubuh tidak cepat mengalami dehidrasi. Sehingga kita tidak mudah haus dan mencegah daripada kurangnya rasa tekak kering.

5. Makan sahur dapat mencegah risiko gangguan pencernaan.
Namun, perlu diingat menu makanan yang disantap saat sahur haruslah menu bergizi dan seimbang. Terdiri dari karbohidrat, serat, protein, lemak, vitamin, mineral, dan cairan. Serta hindari makanan yang mencetuskan refluks asid di dalam perut. Seperti makanan pedas, asam, dan kafein.

Sumber : msn

No comments

Powered by Blogger.