5 Tips Mudah Untuk Kekalkan Kesegaran & Kebersihan Badan Tanpa Perlu Pergi Ke Spa - Abang Terlajak Laris


5 Tips Mudah Untuk Kekalkan Kesegaran & Kebersihan Badan Tanpa Perlu Pergi Ke Spa


1. Tidur yang cukup
Untuk mendapatkan kondisi badan yang optimum, kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Namun biasalah apabila dah berkahwin, ada anak-anak kecil dan bekerjaya, memang sukar nak dapatkan tidur yang cukup. Keluar lunch awal-awal, jangan duduk borak lama-lama dengan kawan, dan terus naik ke pejabat/ surau untuk tidur. Serius badan anda akan rasa segar bugar sepanjang hari jika mengamalkan tips ini.

2. Minum 8 gelas air kosong sehari
Pastikan setiap hari kena minum minimum 8 gelas air kosong sehari. Kalau nak lagi bagus, terus jangan minum air manis langsung. Amalkan minum air kosong je. Confirm korang akan nampak perubahan ketara pada badan dan kulit anda. Lain macam bersinar-sinar jadinya.

3. Amalkan tabiat untuk mandi setiap hari
Cuaca Malaysia yang panas dan pendedahan kepada debu, pencemaran serta kotoran memerlukan kita mandi setiap hari. Kalau tak memang rasa berlengas satu badan. Tak selesa dibuatnya. Selain daripada menyejukkan badan, banyak sebenarnya kelebihan mandi setiap hari. 

4. Jangan hisap rokok
Merokok sememangnya membahayakan kesihatan. Selain daripada berisiko untuk mendapat kanser, merokok juga menyebabkan kulit anda nampak lebih tua berbanding usia. Banyak anasir-anasir jahat di dalam rokok yang membahayakan kulit anda. Sekiranya anda seorang perokok, cuba berhenti menghisap rokok untuk sebulan dua. Pasti anda akan nampak kesannya pada kulit.

5. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Tetapi untuk dapatkan kulit yang cantik, badan yang sihat, buah-buahan dan sayur-sayuran memang amat penting. Di dalamnya ada banyak vitamin yang memberi kesegaran pada badan kita. Jadi marilah kita mula mengamalkan pemakanan buah-buahan dan juga sayur-sayuran di dalam hidup kita.

Sumber : beautifulnara

No comments

Powered by Blogger.