5 Tips Pemilihan Hijab Untuk Kekal Trendy - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Tips Pemilihan Hijab Untuk Kekal Trendy


1. Pemilihan Material Tudung Yang Sesuai
Dalam dunia fesyen hijab yang semakin meluas, terdapat pelbagai jenis material tudung yang berada di pasaran antaranya material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Bagi menjadi hijabis yang cantik dan menawan pemilih material tudung memainkan peranan penting buat anda.

2.Corak Tudung
Kini banyak di pasaran corak-corak tudung yang rare. Namun tidak semua orang sesuai mengayakan corak tudung rare jika tidak bersesuaian dengan wajah. Jika anda ingin selamat corak tudung berkonsepkan bunga, polkadot, houndstooth dan paisley amat sesuai buat semua bentuk wajah.

3. Padanan Tudung Dan Pakaian
Pemilihan warna juga amat penting untuk kekal trendy walaupun anda seorang hijabis. Pemilihan warna terang membuatkan anda kelihatan terserlah dan sekaligus memberi maksud anda berada mood yang ceria. 

Jika anda ingin tampil santai pemilihan warna nude ataupun lembut memberi maksud anda dalam mood bersahaja namun tetap trendy. Selain itu, pemilihan warna tudung juga mengikut kesesuaian kulit wajah, keadaaan dan juga kepadanan warna pakaian pada masa itu.

4. Pengayaan Tudung
Tips ini harus dititik beratkan. Setiap fesyen yang digayakan akan membuatkan anda kelihatan menarik mahupun sebaliknya. Jika anda mengenakan tudung bawal sekalipun, namun pengayaan anda sesuai dan menarik ia akan membuatkan anda kelihatan berani dan bersahaja.

Lilitan tudung yang kemas juga melambangkan keperibadian anda. Jadi para hijabis haruslah banyak menonton toturial untuk mendapat hasil lilitan yang menarik.

5. Penjagaan Kulit Wajah Untuk Menyempurnakan Lagi Gaya Hijab Anda
Jika semua sudah lengkap dengan pengayaan tudung namun kulit wajah anda kelihatan suram dan tidak bermaya ia akan menjejaskan juga foto raya anda nanti. Jadi apa kata anda sentiasa amalkan pengambilan suplemen setiap hari untuk memastikan kulit wajah anda kelihatan berseri dan bersih.

Sumber : rotikaya

No comments

Powered by Blogger.