6 Jenis Sakit Kepala Yang Ramai Menghidapinya - Abang Terlajak Laris


6 Jenis Sakit Kepala Yang Ramai Menghidapinya

Allergies / Alahan
Alahan adalah punca utama sakit kepala, ia kerana disebabkan penyumbatan sinus dan tekanan di kepala. Sakit kepala alahan ini biasanya akan bermula dengan munculnya rasa sakit kepala disertai hidung gatal, mata berair dan kerongkongan sakit. Jika anda mengalami alahan bermusim, anda mungkin akan mengalami pening kepala.

Sinus
Salah satu jenis sakit kepala bermusim. Bila anda mempunyai masalah sinus, anda akan mengalami sakit kepala kerana sinus tersebut akan datang ketika cuaca sejuk. Tak hanya sakit kepala, biasanya sinus juga diikuti dengan sedikit bengkak di wajah, dan mata berair. Sakit kepala ini biasanya dirasai di dahi, sekitar mata, dan di pipi. 

Anxiety
Pening ini biasanya datang semasa anda rasa tertekan dan kebimbangan, seperti bekerja terlalu keras atau sedang melalui masa yang emosional. Pengurusan tekanan adalah cara terbaik untuk mencegah pening ini. Tidur yang cukup adalah penting dalam menenangkan diri.

Cluster
Kesakitan pening Cluster ini biasanya dapat dirasai di sekitar mata. Ia boleh menyebabkan mata berair dan juga boleh menyebabkan hidung tersumbat. Sakit kepala ini biasanya menyerang pada satu titik seperti dibalik salah satu mata serta berlangsung dalam beberapa jam, hari, dan bulan. 

Migrain
Migrain biasanya penyakit turun temurun daripada keluarga. Kesakitan selalunya dirasai di sebelah kepala sahaja. Sakit kepala ini biasanya jauh lebih sakit dibandingkan dengan jenis sakit kepala lain serta berlangsung lebih lama. Sesetengah orang mengalami loya, muntah dan sensitif kepada cahaya dan / atau bunyi. Migrain biasanya dirawat dengan ubat-ubatan, dan biofeedback.

Tension
Pening jenis ini adalah jenis yang paling biasa dan dirasai di bahagian kanan atau kiri kepala, belakang kepala, dan ke bawah leher. Biasanya boleh dikurangkan dengan aspirin atau lain-lain ubat penahan sakit. Sakit kepala ini terjadi kerana adanya ketegangan antara otot-otot di daerah kepala dan leher. Biasanya terjadi sebagai respon akibat adanya stress, beban fikiran dan keletihan, juga boleh disebabkan oleh kedua-dua tekanan fizikal dan emosi.

Sumber: infopelajar2u



No comments

Powered by Blogger.