7 Perbezaan Baju Raya Dahulu Dengan Sekarang - Abang Terlajak Laris


7 Perbezaan Baju Raya Dahulu Dengan Sekarang


Zaman pantas berlalu dan ia sememangnya membawa perubahan, termasuklah rekaan dan trend baju raya. Jom lihat 5 perbezaan yang ada di antara baju raya dahulu dengan yang sekarang.

1. Dari Baju Melayu Tradisional Ke Baju Melayu Moden

Sebelum kemunculan baju Melayu Moden, mungkin korang pernah dengar tentang baju Melayu cekak musang dan baju Melayu teluk belanga? 

Lalu, muncul lah rekaan baju Melayu moden yang direka seketat-ketatnya mengikut bentuk tubuh lelaki. Kalau berbadan sado, pakaian kelihatan seperti nak terkoyak rasanya semasa duduk. Kalau berbadan slim, pinggang ramping lelaki memang akan kelihatan menonjol gitu.

2. Dari Baju Melayu Ke Kurta & Jubah

Trend kurta dan jubah ini sebenarnya sudah lama berada dalam pasaran Malaysia. Cuma dulu, hanya golongan ‘abah-abah’ yang pakai untuk dibawa ke masjid.

3. Dari Baju Kurung Ke Abaya

Baju kurung umpama pakaian ‘staple’ perempuan Melayu pada tahun 1950-an. Kalau nak ke mana-mana, mesti mereka akan memakai baju kurung. Kini sedihnya, baju kurung semakin dipinggirkan. 

Kurung moden dengan rekaan top yang lebih singkat atau yang berikat di pinggang semakin diminati kerana mereka inginkan ilusi kelihatan tinggi dan kurus.

4. Dari Kebaya Ke Peplum

Mulai 1960-an, obsesi terhadap baju kurung berubah kepada kebaya pula. 
Sehinggalah beberapa tahun yang lalu, potongan peplum pula dilihat menjadi pilihan kerana dikatakan lebih moden.

Peplum sememangnya boleh menonjolkan keyakinan sekiranya potongannya terletak cantik – tidak terlalu labuh dan tidak terlalu beropol. Namun itu tidak bermaksud kebaya dan kebarong itu ketinggalan zaman. Masih ada pereka fesyen yang memberikan injeksi moden kepada pakaian tradisi seperti Syomirizwa Gupta dan Soonaru.

 5. Harga Berpatutan Ke Harga ‘Suku Gaji Kau’

Antara punca kenaikan harga mendadak baju Raya adalah kerana tambahan perincian pada baju seperti frills, bell sleeves, feathers, potongan baju asymmetrical dan penggunaan kain lace. Nampak kecil tapi impak penambahan inilah yang menjadi punca harga melambung sehingga mencecah suku gaji korang.

6. Tudung Bawal Ke Turban

Perubahan tudung bawal ke shawl atau selendang, ke instant shawl dan akhirnya ke turban.

7. Tempahan Ke Online Shopping

Kewujudan laman web membeli-belah seperti Zalora, Lazada dan Fashion Valet membuka peluang baru kepada pereka fesyen negara. Tiada siapa pernah terfikir, tugas untuk membeli baju Raya semudah satu klik saja.

Sumber: Remaja.my

No comments

Powered by Blogger.