8 Petua Simpan Stok Bahan Dapur Agar Tahan Lebih Lama - Abang Terlajak Laris


8 Petua Simpan Stok Bahan Dapur Agar Tahan Lebih Lama


1. SANTAN / KELAPA PARUT
Trik menyimpan santan adalah dengan memasukkan sedikit garam kasar ke dalam santan dan kacau rata. Kemudian, simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih yang berikat dalam bahagian beku (freezer) tanpa garam.

Bagi kelapa parut pula, anda juga boleh menggunakan cara yang sama. Atau, ada cara yang lebih comel dan praktikal iaitu gumpalkannya kepada bebola. Boleh tambahkan sedikit air kalau terlalu kering. Lepas itu simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam freezer. 

2. CILI KISAR
Pertama, gunting dan basuh bersih-bersih. Kemudian, rebuskan hingga mendidih Lebih lama mendidih lebih bagus supaya cilinya masak dan tahan lama. Sama juga dengan cara menyimpan bawang kisar, seeloknya kisar cili yang ditambah dengan minyak dan bukan dengan air. Seeloknya, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu.

Cili kisar yang dibuat di rumah tak boleh disimpan di bahagian chiller macam cili giling atau cili boh yang kita beli di pasar raya. Sebabnya, cili yang dibuat sendiri tiada pengawet dan hanya boleh bertahan dalam tempoh 1 minggu sahaja. Maka, kalau nak tahan lebih lama, masukkan dalam bekas kedap udara dan disimpan di bahagian freezer.

3. BAWANG SEGAR & BAWANG KISAR
Cara menyimpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di bahagian yang mempunyai pengaliran udara seperti dalam raga kecil. Ketika menyimpannya, anda juga harus menjauhkan bawang merah daripada sayuran lain supaya bawang tersebut tidak mudah busuk.

Cara menyimpan bawang merah atau bawang putih yang dikupas pula perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak. Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkannya lembik dan cepat rosak. 

4. TAUGE
Tauge mudah layu jika dibiarkan terlalu lama dan warnanya akan bertukar menjadi coklat dan lembik hanya dalam beberapa hari jika tidak disimpan dengan betul.

Untuk memperpanjangkan jangka hayatnya, anda boleh menyimpannya dalam sebuah bekas berisi air dan dicampur dengan jus lemon. Tauge ini akan tahan segar dan rangup sehingga sekurang-kurangnya seminggu. Kalau tak ada lemon, boleh gantikan dengan sedikit garam.

5. HALIA, LENGKUAS, KUNYIT
Bahan 3 serangkai ini lebih kurang sama rupanya. Dan cara penyimpanannya juga lebih kurang sama. Bagi halia, lengkuas, atau kunyit yang belum dikupas, anda boleh simpan dalam bekas berisi air. Tapi, pastikan airnya ditukar setiap 3-4 hari. Jangan dibiarkan berlendir ya. 

Dengan cara ini, ketiga-tiga bahan tersebut akan kekal segar selama lebih 2 bulan walaupun tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Bagi halia, lengkuas, dan kunyit yang dah dikupas, simpankan dalam bekas kedap udara dan simpankan dalam freezer.

6. KENTANG
Mencuci kentang sebelum menyimpannya boleh membuat kentang menjadi lembap dan mudah ditumbuhi bakteria hingga ia cepat rosak. Selain itu, mungkin ramai tak tahu bahawa kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan tunas.

Seperkara lagi, elakkan menyimpan kentang dengan bawang kerana jika disimpan berdekatan kerana gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak.

7. PISANG
Pisang adalah salah satu buah yang paling cepat masak dan busuk. Salah satu cara yang baik untuk menyimpannya adalah dengan cara menggantung kerana ada aliran udara. Selain itu, boleh juga bungkuskan batang pisang dengan plastik. Cara ini akan mengehadkan kadar oksigen yang masuk dan memperlahankan proses kematangannya.

8. SAYURAN HIJAU
Sayur berdaun boleh tahan lebih lama jika balut dengan tisu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik ziplock. Apabila dalam peti sejuk, ia melindungi sayur daripada lecur atau layu. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayuran di dalam air garam selama 2-3 minit. Kemudian toskan airnya dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Sumber : siraplimau

No comments

Powered by Blogger.