8 Tips Elak Anak Meragam Supaya Sesi Beraya Anda Berjalan ‘Smooth’ Je. Penting Ni! - Abang Terlajak Laris


8 Tips Elak Anak Meragam Supaya Sesi Beraya Anda Berjalan ‘Smooth’ Je. Penting Ni!


1. PASTIKAN ANAK MAKAN DENGAN SECUKUPNYA
Nama pun sambut Hari Raya, memang pelbagai juadah yang boleh kita dapati. Tetapi ibubapa kena ingat, bila beraya dengan anak-anak kecil ni, bukan semua makanan yang mereka boleh makan tau. Oleh itu, tips pertama untuk elak anak meragam ketika beraya adalah dengan memastikan anak-anak makan dengan secukupnya sebelum keluar beraya tu. Kalau anak masih bawah 6 bulan, pastikan mereka dapat menyusu mengikut waktu yang seperti biasa.

2.TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur memainkan peranan yang penting ketika berhari raya. Kalau hari-hari biasa pun, jika anak-anak tak dapat tidur yang cukup pun mereka dan meragam, apatah lagi ketika penat beraya. Jadi, amat penting untuk ibubapa pastikan anak-anak mendapatkan tidur yang secukupnya pada malam hari supaya mereka akan kekal bertenaga pada waktu siang. Untuk anak-anak yang masih bayi, pastikan anda menyediakan ‘carseat’ supaya anak mudah nak tidur dalam kereta nanti.

3. ELAK MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU TEBAL
Bila nak sambut Hari Raya, ibubapa mesti nak anak-anak nampak cantik dan bergaya kan? Tetapi, tunggu dulu. Jangan sampai berlapis-lapis pula pakaian mereka. Maklumlah, nak beraya ni bukan sepanjang masa berada di tempat yang teduh, ada masanya kena berjalan jauh dan berada di tempat yang sesak juga. Lebih baik untuk memakaikan anak-anak dengan pakaian dari material kain yang sejuk supaya kulit mereka mendapat pengaliran udara yang baik. Tak ada lah asyik nak menangis mengadu panas je.

4. SEDIAKAN MAINAN YANG SEPATUTNYA
Cara keempat untuk elak anak meragam ketika beraya adalah dengan membawa barang mainan kegemaran mereka. Tapi, bukan bawa satu raga mainan tu ya, bawa salah satu yang menjadi kegemaran mereka sahaja. Cara lain adalah dengan menggunakan ‘tablet’ atau telefon pintar. Jangan pula terlampau lekakan anak dengan asyik menunjukkan paparan kartun sahaja, sebaliknya gunakan paparan pembelajaran untuk tontonan mereka. Sambil beraya, sambil belajar juga.

5. BAWA MINYAK ANGIN BERSAMA
Haa, ini penting untuk ibubapa bawa kemana sahaja anda pergi. Bila dah makan banyak, mulalah perut nak meragam kan? Jadi, anak-anak pun mula nak menangis mengadu sakit perut. Salah satu cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan minyak angin. Bukan sahaja boleh digunakan dekat anak-anak je, kita sendiri pun boleh guna. Jangan lupa dapatkan pelbagai jenis minyak angin di pasaran ya!

6. LETAKKAN ANAK DI BILIK YANG TIDAK PANAS
Apabila sudah sampai di kampung halaman setelah selesai beraya, kalau ada anak yang masih kecil, letakkan mereka di dalam bilik yang tidak panas. Tidak semestinya bilik tersebut perlu berhawa dingin, tetapi seelok-eloknya mestilah mempunyai pengaliran udara yang bagus. Bila panas, anak-anak akan cepat meragam dan terganggu juga lah proses beraya kita. Sudahlah penat beraya, sampai di rumah nak kena layan anak lagi kan. Kalau anak menrungut panas ketika berada di rumah orang beraya pun, cuba minta izin tuan rumah untuk rehatkan anak di dalam bilik yang tidak panas.

7. BAWA LAMPIN PAKAI BUANG LEBIH
Ibubapa kena ingat yang ini, iaitu untuk bawa lampin pakai buang atau ‘diapers’ lebih! Kalau lampin ni tak bawa lebih, susahlah untuk anda meneruskan perjalanan untuk beraya nanti. Bukan sahaja lampin, baju lebih pun kena bawa juga jika kes-kes kecemasan berlaku. Penting juga untuk para ibu di luar sana untuk sentiasa ‘check’ lampin anak penuh atau tidak. Jangan terleka ya ketika bersembang tu.

8. JANGAN BERAYA TERLALU LAMA DI SESEBUAH RUMAH
Dinasihatkan untuk ibubapa yang masih mempunyai anak kecil untuk tidak beraya terlalu lama di sesebuah rumah tersebut. Ini tidak, sampai berjam-jam beraya di satu rumah kerana anak-anak kecil ini akan mudah bosan. Bila anak bosan, mulalah mereka nak meragam. Kadang-kadang sampai tak terkawal kita dibuatnya. Oleh itu, bajetkan masa hanya setengah jam sahaja untuk anda beraya di sesebuah rumah tu supaya anak pun tak cepat bosan dan tak meragam.

# Semoga proses beraya nanti aman-damai la hendaknya ya.

Sumber : siraplimau

No comments

Powered by Blogger.