Anak Suka Makan Kotoran Adalah Sejenis Penyakit Yang IbuBapa Perlu Ambil Tahu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Anak Suka Makan Kotoran Adalah Sejenis Penyakit Yang IbuBapa Perlu Ambil Tahu


Jika anda mendapati anak makan kotoran sangat kerap, mungkin dia mempunyai penyakit pica atau gangguan pemakanan. Pica adalah tabiat makan benda asing seperti kotoran, cat, kertas atau kapur yang terdiri dari bahan bukan makanan yang tidak mempunyai nilai zat dan nutrisi. 

Kalau nak tahu, pica juga biasa dialami pada wanita hamil!

Maksudnya di sini, pica bukan hanya menyerang kanak-kanak tapi golongan dewasa juga boleh mengalaminya. 

Ciri-ciri penyakit pica pada kanak-kanak

Namun, jangan terlalu risau jika anak makan kotoran kerana penyakit pika juga ada ciri-ciri tertentu sahaja: 
  • Anak tidak seharusnya mempunyai masalah autisme, skizofrenia atau sindrom Kleine Levin.
  • Makan benda asing secara berterusan selama lebih dari sebulan.
  • Jika anak makan kotoran hanya semasa mengalami gangguan mental seperti kecacatan intelektual, gangguan perkembangan dan skizofrenia, ia keadaan yang sangat serius dan perlu mendapatkan rawatan pakar.
Walaupun kanak-kanak dengan penyakit pica mungkin makan apa sahaja yang mereka nampak, namun terdapat beberapa bahan yang seolah-olah mereka makan lebih kerap daripada yang lain iaitu: 
  • Tanah liat
  • Cat kotoran
  • Kertas pasir
  • Sabun
  • Batu
  • Kaca
  • Kapur
  • Rambut
  • Gam
  • Bedak
  • Serbuk
Punca -punca gangguan pica 
  • Dalam kebanyakan kes, pica terjadi disebabkan oleh kekurangan mineral atau ketidakupayaan mental.
  • Kekurangan mineral seperti zat besi.
  • Ketidakseimbangan kimia dalam otak atau kecederaan otak.
  • Tingkah laku yang cuba mencari perhatian
  • Gangguan obsesif-kompulsif
  • Kemiskinan
  • Pengabaian dari keluarga
Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.