Apa itu keputihan? Normal Atau Tidak Normal? - Abang Terlajak Laris


Apa itu keputihan? Normal Atau Tidak Normal?


Keputihan atau nama saintifiknya, Fluor Albus atau Leukore ialah satu keadaan apabila cairan atau lendir yang berlebihan keluar dari vagina, dan keputihan pada wanita adalah normal.

Namun, jika anda mengalami gejala seperti faraj terasa gatal atau pengeluaran lendir yang berlebihan dan berbau, anda mungkin mengalami jenis keputihan yang tidak normal. Antara penyebab keputihan adalah:
  • Jangkitan kulat
  • Sistem imun yang lemah
  • Masalah kebersihan
  • Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
  • Pengambilan antibiotik atau steroid
  • Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
  • Pil perancang keluarga
  • Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian buih
  • Penyakit radang pelvik
  • Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
  • Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
Bakteria, penyakit atau masalah lain yang menyebabkan keputihan boleh disebabkan oleh gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang wanita juga.

Berikut merupakan senarai gaya hidup yang mempengaruhi masalah keputihan pada wanita:
  • Diet yang tidak teratur
  • Kurang makan makanan sihat
  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Kurang rehat
  • Tidak mendapat tidur yang cukup
  • Stress
  • Mengenakan seluar atau seluar dalam terlalu ketat
Masa Untuk Ubah Gaya Hidup Anda
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih wanita berasaskan sabun yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Kerap menukar tuala wanita/ pad ketika datang bulan
  • Gunakan panty liner pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang manis.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan kelamin.
Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.