Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Bahaya Tidur Dengan Lampu Menyala


Kaitan Cahaya dan Kanser?
Yang paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa kepada sesetengah kanser (jangan risau, ini kes paling berat). Namun, ia masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada perkaitannya.

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai 22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara – berbanding dengan yang tidur dalam gelap.

Para pengkaji menanggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.Perkara ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam. Dalam kajian terkawal, mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.

Lampu Biru, Kemurungan dan Imun
Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia. Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.

Hal ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya. Sekiranya kita tidur dengan lampu terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya berfungsi.Lantas, mengganggu sistem imun daripada berfungsi dengan baik.

Boleh Menyebabkan Penuaan Awal
Melatonin mempunyai kandungan antioksida, yang mana memainkan peranan yang penting dalam anti-penuaan. Kajian sudah konklusikan bahwa sekiranya kadar melatonin dalam badan kita terganggu, maka ia boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua – tidak awet muda lagi dah.

Boleh Menyebabkan Masalah Berat Badan
Cahaya pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana ia akan mengubah jadual waktu makan anda. 

Sumber : infopelajar2u


No comments

Powered by Blogger.