Fritata Putih Telur Untuk Bersahur Nanti - Abang Terlajak Laris


Fritata Putih Telur Untuk Bersahur Nanti


Bahan-bahan diperlukan:
  • 6 biji putih telur 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 6 kacang pis (Dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (Diparut) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris) 
  • 100 g kubis (Diracik) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk adunan. Kemudian kacau rata. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan yang sudah digaul rata. Tutupkan kuali dengan penutupnya. 
  3. Masakkan dengan api yang kecil sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan. 
  4. Sedia dihidangkan dengan salad.
Sumber :myresepi

No comments

Powered by Blogger.