Henti Makan ‘Fast Food’ Untuk 7 Hari, Badan Akan Jadi… - Abang Terlajak Laris


Henti Makan ‘Fast Food’ Untuk 7 Hari, Badan Akan Jadi…


#1 Berat badan menurun
Kandungan kalori pada makanan segera sangat tinggi dan penyebab utama kenaikan berat badan secara mendadak. Jika anda langsung tidak mengambil makanan segera ternyata anda bebas dari kalori tinggi dan sekaligus mengimbangi semula berat badan.

#2 Beralih kepada makanan nutrisi
Ya! Bila anda elak dari makanan segera ternyata anda akan memilih sumber makanan yang segar dan kaya dengan nutrisi. Imunisasi badan lebih kuat dan memberi tubuh kebaikan yang membolehkan ia berfungsi dengan baik seperti penghadaman yang lancar.

#3 Kulit jadi lebih bersih
Tertanya-tanya kenapa kulit semakin lebat tumbuh dengan jerawat? Jawapannya ada pada carta pemakanan kamu. Buang duit sahaja kalau melabur pada produk luaran tapi secara dalaman anda lupa. Kulit yang sihat dan bersih datang dari amalan pemakanan yang sihat juga.

#4 Tidur nyenyak
Tanpa disedari kandungan gula yang tinggi dalam makanan segera boleh menganggu waktu tidur anda. Jika berhenti dari mengambil makanan tinggi gula secara tidak langsung tidur jadi lebih nyenyak dan berkualiti. Malah bangun tidur tidak rasa malas dan segar!

#5 Mood lebih baik
Penggemar makanan segera sebenarnya sentiasa dalam keadaan mood yang tidak elok. Lebih membimbangkan apabila ia boleh membawa pada masalah depresi. Jadi cuba stop makan makanan segera tapi beralih pula untuk memilih makanan yang membina ketahanan mental dan emosi.

Sumber : wanista

No comments

Powered by Blogger.