Jenis Makanan Penjana Tenaga Anda Patut Ambil Ketika Sahur - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Jenis Makanan Penjana Tenaga Anda Patut Ambil Ketika Sahur

Jus Susu Kurma
Secara amnya kita tahu bahawa kurma sangat baik dalam menjana tenaga buat tubuh di bulan puasa. Untuk pelbagaikan cara hidangannya, cuba kisarkan kurma yang telah direndam dengan air panas sebelumnya bersama setengah kotak susu segar dan ais. Ternyata ia boleh menghilangkan dahaga serta kembalikan tenaga dengan secepatnya.


Tembikai
Tembikai kaya dengan kandungan mineral. Sekali minum, jus tembikai boleh menghidratkan tubuh dengan secepatnya serta ianya baik dalam meningkatkan tenaga tubuh. Ambil tembikai ketika bersahur untuk tenaga yang lebih lama sepanjang hari.


Oat
Secara amnya kita tahu bahawa oat adalah sarapan yang berkhasiat di waktu pagi. Ianya kerana oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Amalkan mengambil oat bersama susu segar serta tambahkan kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur.


Madu
Campur madu bersama air dan perahan lemon. Ambil ia sewaktu bersahur. Ianya dapat menghilangkan dahaga sekaligus menyalurkan tenaga pada tubuh. Bahkan ia juga membantu sistem pencernaan.

Sumber :eh

No comments

Powered by Blogger.