Khasiat Daun Sirih Pada Miss V - Abang Terlajak Laris


Khasiat Daun Sirih Pada Miss V


Mampu Membersihkan Vagina 
Kandungan anti-kulat pada daun sirih mampu membersihkan kulat yang berbahaya, sekaligus menghilangkan kuman yang merosakkan sel kulit di sekitar vagina. Gunakan rebusan daun sirih untuk membersihkan bahagian vagina. 

Merapatkan Vagina 
Rebusan daun sirih juga mampu merapatkan vagina dan membuat vagina menjadi lebih ketat. Untuk vagina ketat, caranya sama dengan membersihkan vagina tadi, iaitu membasuh dengan rebusan daun sirih. 

Menghilangkan Bau Pada Vagina 
Jika mempunyai masalah vagina yang berbau, boleh menggunakan air rebusan daun sirih sebagai jalan penyelesaian yang tepat. Caranya, minum air rebusan daun sirih tersebut dan bersihkan bahagian kewanitaan dengan ramuan daun sirih secara rutin. 

Mengatasi Keputihan 
Keputihan sering mengganggu aktiviti harian wanita terutamanya ketika sedang bersama suami. Caranya, basuh bahagian kewanitaan anda dengan rebusan daun sirih yang masih suam. Dengan cara yang sama, minum air rebusan daun sirih dan basuh dengan air rebusan tersebut sehingga hilang keputihan. 

Menghilangkan Kegatalan Pada Vagina 
Rasa gatal pada vagina disebabkan bakteria, kulat, kotor dan lembab. Jadi, cara mengatasi masalah tersebut, harus benar-benar menjaga kebersihan bahagian intim. Gunakan seluar dalam yang lembut dan pastikan seluar dalam yang digunakan itu bersih. Jangan lupa basuh vagina anda dengan rebusan daun sirih. 

Mengatasi Lendir Berlebihan 
Masalah lain pada vagina yang sangat mengganggu adalah lendir yang berlebihan. Rawat ia dengan daun sirih. Kandungan tanin pada daun sirih berfungsi untuk mengurangkan cairan yang berlebihan pada vagina. Atasi masalah ini dengan selalu membersihkan kawasan kewanitaan dengan air rebusan daun sirih. 

Meningkatkan Ghairah Suami Isteri 
Jika kerap membasuh vagina dengan rebusan sirih, kawasan kewanitaan akan terasa lebih bersih, ketat dan harum. Keadaan ini sudah pasti akan menyenangkan suami. Hal ini kerana hubungan intim bagaikan pengantin baru. Perasaan ghairah bercinta pun akan meningkat. 

Tapi diingatkan, jangan terlalu lama mengunakan rebusan daun sirih. Guna sehingga masalah kewanitaan anda hilang sahaja. Jika digunakan dalam masa jangka panjang, takut akan membunuh bakteria baik dan membuat vagina anda menjadi kering.

No comments

Powered by Blogger.