Lapar, Dahaga Dan Letih Ketika Berpuasa? Ini 5 Tips Kekal Cergas - Abang Terlajak Laris


Lapar, Dahaga Dan Letih Ketika Berpuasa? Ini 5 Tips Kekal Cergas



1. Kurangkan pengambilan minuman bergula
Minuman bergula tidak dinafikan penting untuk memberi tenaga setelah seharian berpuasa. Namun, anda dinasihatkan mengambil air kosong melebihi kuantiti air bergula bagi mengelak berlaku dehidrasi. Ingat, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong atau lapan gelas sehari untuk kekal segar.

2. Makanan sihat untuk berbuka dan sahur
Seharian berpuasa, tidak dinafikan ramai antara kita terlalu mengikut nafsu dalam memilih juadah berbuka atau bersahur. Elak pengambilan makanan terlalu pedas dan berminyak. Ini kerana makanan pedas dan berminyak mampu mengundang ketidakselesaan pada sistem pencernaan. Perbanyakkan pengambilan sayuran serta buah-buahan bagi mendapatkan khasiat semula jadi. 

3. Rehat dan tidur yang cukup
Tidur yang cukup penting untuk kekal aktif sepanjang hari. Amalkan tidur awal di waktu malam memandangkan kebanyakan antara kita akan bangun awal untuk sahur. Selain itu, disarankan untuk 'power nap' pada siang hari bagi menjana semula tenaga yang semakin berkurangan akibat berpuasa.

4. Bersenam
Senaman masih boleh dilakukan walaupun berpuasa. Elakkan senaman berat dan cuma melakukan senaman ringan. Antara senaman ringan yang dicadangkan seperti berjalan, jogging secara perlahan atau mana-mana yang difikirkan sesuai. Lakukan senaman sejam sebelum waktu berbuka atau dua jam selepas waktu berbuka bagi mengelak berlaku dehidrasi atau kepenatan melampau.

5. Sibukkan diri
Ketika berpuasa, kita sering berasa waktu berjalan terlalu perlahan. Cuba anda sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja di pejabat atau menonton televisyen. Selain itu, tidak salah jika perbanyakkan beribadat di bulan mulia ini. 

Sumber : msn

No comments

Powered by Blogger.