Nak Kurus Raya Ni, Ini Menu Ideal Terbaik Nak Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Nak Kurus Raya Ni, Ini Menu Ideal Terbaik Nak Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan


Menu Berbuka
Makanan pembuka selera adalah penting kerana ia merupakan ‘permulaan’ untuk sistem pencernaan setelah berehat sepanjang hari. Oleh itu, saya cadangkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan sihat.

1) Makan 3 biji kurma bersama segelas air kosong
2) Digalakkan untuk lebihkan pengambilan protein seperti telur, ikan, daging mahupun ayam. Tetapi jangan digoreng, lebih baik jika di buat sup, stim atau dibakar.
3) Lebihan sayur-sayuran dan buah-buah, Buat sup sayur, ulam atau rebus sahaja.
4) Untuk lebih berkesan, jangan sesekali makan manisan seperti kuih, puding dan sebagainya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menu Moreh
Lepas berbuka, pastinya anda akan berasa lapar kembali. Oleh itu, anda boleh makan buah-buahan atau sayur-sayur sebagai snek malam.

Menu Sahur
1) Jangan sesekali skip sahur, ia tidakan yang tidak sihat. Jika anda tidak mengambil sebarang makanan semasa sahur, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak ketika berbuka.
2) Waktu sahur anda boleh makan roti, oat, bijirin atau kurma, buah-buahan kering dan minum susu segar.

Tips Penting
Sememangnya kita disarankan untuk minum air kosong 8 gelas sehari. Namun pada bulan puasa, masa pengambilan sahaja yang berubah, jumlahnya masih sama. 
  • 1 gelas sebelum bersahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

Sumber: siakapkeli

No comments

Powered by Blogger.