Puding Buah Kurma Dengan Sos Mentega - Abang Terlajak Laris


Puding Buah Kurma Dengan Sos Mentega

Bahan-bahan

Pes kurma
  • 20 biji buah kurma (keluarkan kesemua biji-biji buah kurma)
  • Secawan air suam
Masukkan air dan buah kurma itu dan mesin sehingga buah kurma menjadi pes

Bahan puding
  • Gula merah lembut (jenis yang macam gula kaster tapi berwarna merah) – 100 grams
  • Mentega – 50 grams
Pukul kedua bahan ini sehingga mentega dan gula menjadi lembut. Masukkan 2 biji telur dan terus pukul. Tambah pes kurma. Lepas itu, tambah bahan-bahan di bawah:
  • Tepung gandum – 200 grams
  • Soda bikarbonat – 1.5 sudu teh (sekiranya anda guna tepung naik sendiri, kurangkan soda bikarbonat, 1 sudu teh cukup)
  • Esen vanila
Cara-cara
  • Apabila sudah siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam acuan kek. Masukkan puding yang dah sedia untuk dibakar itu ke dalam acuan kek yang lebih besar sedikit. Maksudnya, puding yang akan dibakar itu macam terapung dalam air. Dengan kaedah ini, kek/ puding tidak jadi terlalu keras.
  • Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Bahan-bahan sos mentega
  • 1 sudu besar mentega
  • Sekotak whipping cream 200m 
  • 100 gram gula merah
  • Esen vanila
Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.



Apabila puding sudah masak, anda boleh keluarkan dari acuan dan hidang. Puding ini memang dihidang semasa suam. Sekiranya ada yang berlebihan, simpan dalam tupperware di peti sejuk. Panaskan dengan ketuhar gelombang micro untuk seminit supaya suam. Sos yang berlebihan pun patut disimpan di peti sejuk.

Siap untuk di hidang!!

Sumber: MalaysiaBest

No comments

Powered by Blogger.