Rahsia Ayam Goreng Kunyit Yang Sedap Macam Orang Jual - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Rahsia Ayam Goreng Kunyit Yang Sedap Macam Orang Jual


Bahan bahan untuk ayam:

600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam (tak perlu banyak sebab dah ada kiub ayam)

1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya.


2. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya.

3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.


Bahan untuk sambal:


5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Haja guna cili padi hijau sebab merah takde)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Dah agak halus bahan-bahan di atas boleh masak sekejap atas api.  Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit. Siap!


Makan dengan nasi panas renjis kicap. 


Sumber: Haja Saleh

No comments

Powered by Blogger.