Resepi Kentang Putar Yang Sesuai Untuk Sahur - Abang Terlajak Laris


Resepi Kentang Putar Yang Sesuai Untuk Sahur

Bahan-bahannya:
  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-cara membuatnya:
  1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
  2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
  3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
  4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
  5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
  6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan untuk sos (gravy):
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk atau dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dipotong dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 2 kiub ayam knorr
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
  • 2 1/2 cawan air
Cara-cara membuat sos gravy:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

Selamat mencuba!

Sumber : dewimalaysia

No comments

Powered by Blogger.