Resepi Rendang Ayam, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Resepi Rendang Ayam, Sedap Makan Dengan Pulut Kuning


Perkongsian oleh Norsiah Zakaria,

Rendang ayam dah ada, kalau rajin buat pulut kuning.

Bahan;

1 ekor ayam sederhana besar potong kecil
Cuci bersih dan toskan
20 tangkai cili kering (kalau suka pedas, tambah)
4 biji bawang sederhana besar*
6 ulas bawang putih*
4 inci halia*
2 inci lengkuas*
4 inci kunyit hidup*
4 btg serai*
2 helai daun kunyit dihiris
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Garam gula secukup rasa kita
Minyak untuk menumis

Blend bahan bertanda *. Tumiskan sampai terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan santan pekat dan biar ia mendidih. Kacau dan bila nampak kuah dah hampir pekat, bubuh garam dan gula, asam keping serta kerisik. Kacau lagi dan akhir sekali tabur hirisan daun kunyit.

Tips untuk rendang tahan lama, elok digoreng ayam tu separuh masak.

No comments

Powered by Blogger.