Resepi Peria Goreng Telur Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Peria Goreng Telur Sedap


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 biji peria saiz besar - buang biji & hiris nipis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji telur
  • Setengah sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Bahan-bahan tumbuk kasar : 
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ke 3 sudu besar ikan bilis
Cara-cara memasak :
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau
  2. Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur
  3. Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah - jika anda ingin sedikit kuah
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa
  5. Angkat dan hidangkan
  6. Siap
Sedikit tips untuk menyediakan peria :- 
Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.